Pages

Saturday, 13 September 2014

Cara Menghapuskan Kepinding / stinky bugs

Kalau korang tengok ada pokok2 yang ada bahagian2 daunnya layu atau kekuningan, antara penyebabnya ialah kepinding.
Cara yang makngah guna ni berkesan untuk bunuh perosak ni, kos pun murah tapi kena kerja sikit la.



Melepak sambil mengeteh....
Mama kepinding dan telornya...

Yang dah lemas dalam air sabun

Kebiasaannya kepinding ni suka lepak beramai-ramai. Bancuh air sabun dalam bekas yang agak besar sikit, macam besen. Tadah besen kat bawah tempat lepak tu, goyang-goyangkan bahagian pokok tu, biar kepinding tu jatuh dalam air sabun dan lemas. Selesai...tapi kaedah ni kenalah ulang2 n kenalah selalu belek2 pokok kat taman tu. Telor kepinding pulak makngah buang dalam air tu jugak.



Yang ini bukan kepinding tapi penyibuk...haha

8 comments:

  1. Kepinding baru tau, tempat saya panggil kesing..serangga perosak

    ReplyDelete
  2. sy pun ty makcik google baru tau namanya...selama ni dok panggil ulat busuk je...hihi

    ReplyDelete
  3. Musim hujan banyak ni rajinlah stink bug ni buat projek menambah colony.

    Selamat Hari Raya Haji.

    ReplyDelete
  4. kalau spry direct ke kepinding tu pun boleh juga ke?
    salam kenal..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya boleh...sebab macam pernah jumpa resepi racun serangga yg guna air sabun

      Delete
  5. Salam kenal dari bunda...baru tahu kepinding ni...terima kasih berkongsi ilmu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal juga bunda...tq singgah...sama2 lah kita berkongsi n memanjangkan ilmu....

      Delete