Pages

Friday, 10 April 2015

'Tetamu' yang Menjalar

Assalammualaikum...
Kekecohan minggu lepas...sebab 'tetamu' ni...


Makngah yg ternampak...cepat2 call ayngah balik. Tak sempat call Jpam, ular ni lari ke dalam semak. Apapun call jugalah Jpam tu, dan terima kasih banyak lah kat depa yg berikhtiar juga mencari ular ni kat semak samun. Tak jumpa dah...mau ular ni nak tunggu..
Kalau ada kucing makngah yg nama Baina tu mau dikejarnya ular ni sebab makngah pernah tengok dia buat macam tu. Harap2 'tetamu' ni tak datang menjenguk lagi la ye...

Tuesday, 17 March 2015

D.I.Y Roll On Minyak Urut

As salam...
Korang ada pengalaman tak..badan sakit2, nak menyapu minyak urut tangan tak sampai atau susah nak sapu...atau bila mintak tolong org sapukan macam2 hal...atau tak mau pegang minyak terutama minyak panas, nanti tangan pijar semacam....
Ada penyelesaiannya, credit to ayahngah lah (pasal selalu jadi mangsa sapu minyak...terus jadi kreatif), ambik bekas roll on deodorant yg kosong...seeloknya yg bekas kaca...buka dan isikan aje minyak urut kat dalam tu...dah siap.



Kelebihannya, tangan tak berminyak, boleh sapu kat area yg susah dicapai tangan, minyak tak tumpah/meleleh..dan roll dia tu boleh jadi pengurut jugak.
Selamat mencuba