Friday 1 August 2014

Hasrat tak tertunai lagi...

Hasrat semalam untuk berkebun tak kesampaian...paginya ada orang potong rumput keliling rumah...makngah  sibuk 'bersilat' di dapur sebab jangka ipar akan balik beraya tengahari nanti. Ketupat segera dah rebus semalam, pagi cuma buat sambal kacang dan sate goreng saja...
Dah rezeki, selepas ipar, ayah saudara pula datang beraya..malamnya pula budak-budak sekolah pulak datang...Alhamdulillah habis juadah hari ni...ayngah pun tersenyum gembira tengok kuih-kuih raya yang diborongnya dah sold out.
Pagi ni pun masih tak sempat keluar dari rumah lagi, dok berpusing-pusing dalam rumah buat kerja...tengoklah nanti, kalau tetamu tak de, kenalah meWAJIBkan diri berkebun, InsyaAllah....hehe

2 comments:

  1. Lalu Bentong teringatkan Mak Ngah.
    InsyaAllah dah mula minggu bekerja nanti adalah masa nak berkebun.

    ReplyDelete
  2. haha...sama lah kita, ada masa terkenang KBB time belek2 pokok n barang2 berkebun...

    ReplyDelete