Pages

Tuesday, 15 July 2014

Sambal Kering Ikan Masin ala Jawa

Mngah (makngah/saya la tu...) jarang masak untuk berbuka...sebab berbuka kat luar je...ayngah (ayahngah/ suami saya) memang suka bawa makan2 kat luar, supaya tak boring katanya, lagipun kesian tengok mngah dah pancit menjelang ke petang penat kerja. Jadi cuma sediakan makanan untuk sahur je la..selalunya simple je.
Petang tadi, sepupu ayngah bagi gulai pucuk ubi, tapi sebab makan kat luar, simpan untuk sahur jawabnya. Untuk kawankan lauk tu, mngah cadang nak goreng ikan masin  dengan bawang je, tapi tiba2...teringat masa blog walking ada jumpa post pasal sambal jawa. Memang favourite mngah tu, tapi tempe tak de, fucuk pun tak de...masak je la guna apa yang ada kat dapur la. Tapi resepi yang mngah guna ni diajar oleh kawan mngah org Jawa...seperti biasa mesti ada tempe, kentang, suhun,  fucuk, lada besar, kicap..dan rencahnya sama ada perut lembu atau hati ayam goreng..barulah mengancam.


Sambal Kering Ikan Masin

Ikan kering - potong kecil dan goreng garing
Kentang - potong kecil dan goreng garing
Bawang besar dan lada besar - hiris
Bawang putih dan cili api ditumbuk
Kicap manis
Air asam jawa
Garam
Minyak masak

- panaskan minyak, tumis bawang besar dan lada besar sampai layu
- masukkan bahan tumbuk, kacau sampai agak garing
- masuk kicap manis, biar sekejap
- masuk air asam jawa
- bila kuah agak kering, masukkan bahan yang digoreng tadi, gaul sebati
- perasakan , angkat dan hidang

Berapa banyak bahan2 nak guna tu, agak2 la sendiri ye...tapi kalau nak sedap, gunalah bahan2 sambal Jawa yang standard...dalam pada tu, lauk ni 'hot' jugak time sahur tadi...Alhamdulillah.

3 comments:

  1. Saya memang suka masakkan simple begini. Dulu rajin tapau lauk je masa bulan puasa.
    Tapi sekarang kena banyak masak sendiri sebab budak-budak dalam rumah ni belum lagi biasa dengan makanan yang pedas-pedas.
    Kalau di bazaar kebanyakkan lauk pedas dan berempah jadi budak-budak punya citarasa tak ngam.
    Cuma Ilhan saje boleh tahan pedas-pedas sikit.

    ReplyDelete
  2. Simple tapi kena dengan selera...itu yg penting..

    ReplyDelete
  3. Salam lebaran.
    Team members menyusun 10 jari minta maaf jika ada salah dan silap.

    ReplyDelete