Hari ni ramai orang yg naik pelamin...kami dapat empat undangan...semuanya pergi cuma bila sampai rumah ke empat, makngah dok dalam kereta je dengan MIL, perut dah sendat dan tak larat nak naik bukit rumah kenduri.
Tengahari, hujan turun sekejap renyai, sekejap lebat, ada masa pause sampai lah ke malam....sempat juga lepas asar tadi makngah ubah pokok dari bekas semai ke pot yang lebih besar...gambar? Payah lah sikit...makngah ni tak ada disiplin bab gambar ni, dapat settle keja pun bersyukur sangat....hehe
Malam, sempat meneman ayngah 'mengeteh' sambil2 dok tinjau rumah MIL yang lama terbiar dan sempat jugak makngah kerat ranting pokok bunga sundal malam untuk ditanam di rumah. Banyak lagi yang nak diambil tapi gelap sangat...nanti kena pergi time siang, sebab ada nampak buah belimbing buluh dan kelapa pandan.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan negara yang ke 57...
Serba sikit mengenai...Homestay Seri Kenanga...Bunga Stoking...Masak-masak...Berkebun
Saturday, 30 August 2014
Friday, 1 August 2014
Hasrat tak tertunai lagi...
Hasrat semalam untuk berkebun tak kesampaian...paginya ada orang potong rumput keliling rumah...makngah sibuk 'bersilat' di dapur sebab jangka ipar akan balik beraya tengahari nanti. Ketupat segera dah rebus semalam, pagi cuma buat sambal kacang dan sate goreng saja...
Dah rezeki, selepas ipar, ayah saudara pula datang beraya..malamnya pula budak-budak sekolah pulak datang...Alhamdulillah habis juadah hari ni...ayngah pun tersenyum gembira tengok kuih-kuih raya yang diborongnya dah sold out.
Pagi ni pun masih tak sempat keluar dari rumah lagi, dok berpusing-pusing dalam rumah buat kerja...tengoklah nanti, kalau tetamu tak de, kenalah meWAJIBkan diri berkebun, InsyaAllah....hehe

Subscribe to:
Posts (Atom)