Sunday 18 July 2010

Isyrak & Mikraj....satu rumah satu lauk...


Assalamualaikum...

Ari khamis baru ni, surau kampung saya ada buat program isyrak & mikraj, ikut programnya selepas solat jemaah maghrib ada ceramah agama, pas tu solat jemaah isyak n pas tu ada jamuan makan. Pihak surau sediakan nasi n jemaah yg datang bawa lauk sepiring / seikhlasnya...ideanya 'satu rumah satu lauk'.
Jadi utk program ni, saya masak ayam goreng hot n spicy guna tepung goreng segera je...saya guna brand Bestari (he,he...sedap tau!). Pas tu buat kek la pulak....cadangnya nak buat kek pelangi, tapi bila sampai step 'mempelangi'kan kek, dah jadi malas la pulak...lastnya jadi kek marble yang meriah ngan warna. Makanya, petang tu dapatlah kami berkongsi ayam goreng n kek dgn jemaah surau.
Saya tak hadir ke majlis tu, cuma suami n si bujang trang tang tang je yg pergi. Saya di rumah menjaga si bujang kecik yang tertidur, Alhamdulillah dapat jugalah dengar ceramah sebab rumah saya dekat ngan surau. Ceramahnya tentulah berkaitan dgn Isyrak & Mikraj, keistimewaan Rasulullah s.a.w...bab solat...bab gaya hidup Rasulullah s.a.w n macam2 lagi lah...
Ikut cerita suami, ramai yang hadir n macam2 lauk pauk, kuih muih yg orang bawak, Alhamdulillah. Rasa seronok sangat dapat join aktiviti macam ni...
Terima kasih daun keladi
Lain kali nak join lagi...Insyaallah.
Puan Seri7ujuh....puan berseri2 yg bukan Puan Seri


Tuesday 6 July 2010

Selamat Datang



Assalamualaikum....


Selamat datang...selamat datang...selamat datang...ke blog Seri7ujuh...


Blog ini dikongsi sekeluarga dan isi kandungannya juga pelbagai...dari masakan, travel, homestay, sukan dsb...bergantung kepada siapa yg post, minat dsb...


Harapan kami, anda dapat sedikit sebanyak faedah dari sini....


Tq kerana singgah dan silalah bertamu lagi...


Wasalam


Seri7ujuh